MENCARI RAKAN PANCING AREA TAIPING DAN SEKITARNYA YANG BERMINAT DALAM SIRI GP JORAN BERITA HARIAN KATEGORI LAUT DALAM
MATLAMAT
HOBI
MELAWAT DESTINASI
JIMATKAN KOS PERJALANAN
MENAMBAH PENGALAMAN MEMANCING
MENJALIN PERSAHABATAN DALAM DUNIA KAKI PANCING
TUJUAN AKU MENULIS BLOG INI
Aku kerap juga menyertai gp joran. Selain hobi memancing ianya juga suatu aktiviti luar untuk melapangkan fikiran dari kesibukan hidup masa kini. Aku bukannya tak ada geng pancing malah tak kurang lima kumpulan pemancing yang aku ceburi tapi untuk siri gp joran ni almaklum sajalah, tak ada geng pancing aku yang tunjuk minat dengan alasan utama tekong gp joran ni ada gred. Kalau dapat tekong gred A, itu kira ada canlah nak tarik ibu ikan tapi kalaulah dapat tekong gred D, bakal korang balik bawa tong kosong le atau sedikit baki ikan untuk umpan yang dah nak busuk untuk masak kat rumah. Untuk tekong gred C dan D tu korang fikirlah sendiri khidmatnya.
Atas sebab yang demikian, bila aku nak sertai gp joran terpaksalah aku pergi sorang- sorang. Oleh kerana aku ni dah terbiasa pergi memancing dengan kumpulan maka bila pergi sertai gp joran terasalah keseronokan tu terbatas, sebab terpaksa tanggung kos perjalanan sendiri le, kalau ada kekawan tu taklah berat sangat. Dengan sebab itu aku pun terfikir untuk mencari kawan-kawan yang berminat menyertai siri gp joran.
Sekiranya korang ada yang minat macam aku ni, apa kata korang sertai aku dan kita kumpulkan ahli. Bukannya ramai sangat, cukuplah untuk 8 orang dan ngam 1 bot. Aku cuma perancang untuk kumpulan ni dan bukanlah ketua untuk kumpulan ni. Soal ni kita bincangkan kemudian. Cuma kalau korang setuju untuk bersama-sama aku dan sanggup pikul tong kosong bila dapat khidmat tekong gred D, sepertimana aku sebutkan tadi..... bolehlah korang emelkan pada aku sedikit butiran diri korang dan kita teruskan persahabatan dalam dunia pancing dan boleh berangan-angan dapat keta free hujung tahun.....kalau dapat tekong gred A. Butiran peribadi korang aku simpan sebaiknya. Emel aku seperti berikut matjohoman@yahoo.com.my
NAMA
ALAMAT
JENIS KENDERAAN
NO TELEFON
NO TELEFON KECEMASAN
EMEL
AhLanWaSahLan
penulis blog ini adalah aku matjoho

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.